SYARAT PINJAMAN GOV LOAN

Syarat-syarat asas menerangkan pemohon tentang syarat asas pinjaman kerajaan berdasarkan perkeliling Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam (LPPSA). Pemohon dapat mengenalpasti jumlah kelayakan berdasarkan gaji hakiki/gaji pokok. Pemohon juga boleh mengetahui kelebihan melantik peguam berkelayakan untuk melancarkan memproses pinjaman kerajaan pemohon. Pemohon dapat mengira kelayakan pinjaman berdasarkan gaji hakiki. Pemohon dapat melihat syarat-syarat pinjaman berdasarkan jenis pinjaman yang ditawarkan.

Syarat-syarat asas

Melepasi syarat-syarat asas untuk membuat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA 01.01.2016 ialah:
Warganegara Malaysia dan kakitangan kerajaan berjawatan tetap
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun dan telah disahkan jawatan
Bukan seorang bankrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Pinjaman bersama suami/isteri, Pinjaman ambil alih antara suami/isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan

Comments